Pages

Tuesday, 23 April 2013

MEE GORENG TOMYAM


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

sebenarnya buat dah lama cuma baru sempat nak masukkan resepi.. resepi mee goreng tomyam ni hasil perkongsian dari sis Qasey Honey di group saya di facebook iaitu group "jom kongsi sambil promosi"

memang sedap tau mee goreng tomyam nie..u all mesti cuba...

MEE GORENG TOMYAM
sumber: Qasey Honey
resepi: SIS Rohah @damai kalbu


Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris - xbubuh
2 batang fish cake | hiris – xbubuh
2 keping tauhu – gorengkan terlebih dahulu (QH tambah)
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.

2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.

3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.


2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi mencuba..

    ReplyDelete
  2. sama2 kak..berbaloi2 sedapnya..

    ReplyDelete