Pages

Wednesday, 21 November 2012

AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS



AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah




Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam n kicap manis.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).
sy perap semalaman memang lg umphhhh rasanya

*lau nak buat kuahnya juz amik jer bahan lebihan dari perapan tu, panaskan lam kuali letakkan sosblackpeper ckit n air...
*kentang n carot tu korg rebus dahulu bila dh empuk korang gaul ngan serbuk lada sulah ,serbuk lada hitam,garam dan bakar..
*sy makan lauk ni bersama nasi planta...sedap sehhhhh!!!!!!!!! 


                         
resepi nasi planta klik sini !

6 comments:

  1. salam Mas, wow...betul2 menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. wasalam kak...emm rasanya pun mmg menyelerakan..try la wat yer

    ReplyDelete
  3. wow Mas...mmg nmpk myelerakan...tentu sedap ni...

    ReplyDelete
  4. salam mas,
    singgah sini..alahaiii sedapnya..:))

    ReplyDelete
  5. kena cuba gak ni..xboleh jd...haha

    ReplyDelete
  6. sedapnya..mmg hancur diet kalau makanan mcm ni selalu dpn mata

    ReplyDelete