::mashitah@harum mekar::
Wednesday, 1 May 2013
BLACK FOREST CAKE
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Kek diatas ni adalah tempahan dari member ofic saya..sebenarnya lama dah dia suruh saya buatkan kek untuknya tapi masa tak mengizinkan almaklum la berbadan dua ni...
Untuk resepi kek ni saya masih guna resepi dari sis Duyung Sweet Laling..cuma deco tu jer yang lain..deco atas permintaan customer...
Untuk toping kek lapisan luar saya guna freshcream dan serbuk koko..kemudian diatas kek pula saya taburkan coklat yang telah diparut halus dan hiasan buah strawbery..
customer nak strawbery tu letak sebiji-sebiji..huhuhu..xmau setengah katanya..hehh...tepi kek pula saya hiaskan dengan kepingan coklat...
Berat kek ini adalah dalam sekilo lebih....
untuk resepi boleh klik SINI
Thursday, 25 April 2013
KEK COKLAT MOIST
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Salam hari jumaat buat semuanya.. tempahan di atas adalah dari member skuad saya iaitu
ain..kerana kek ini jua la yang menemukan saya semula dengan beliau..xtau pulak selama ni kami duk setaman..hehehe...
Sebelum ni beliau telah tempah kek marble dan kali ni menempah kek coklat moist..terima kasih kerana sudi membuat tempahan lagi..
Biasanya saya mendapat tempahan kek coklat hanya menggunakan siraman coklat cair diatasnya sahaja tetapi kali ni ain mahukan setiap lapisan kek dilapisi dengan krim dan begitu juga di luarnya dan kemudian baru saya siramkan coklat cair..
Coklat cair ni agak pekat sikit ..ingat nak buat bagi coklat cair tu melimpah sampai ke board..tapi udahnya coklat cair tu duk sangkut jek atas kek xmau turun..udahnya saya ratakan jer dengan sudu..huhuhu..
Saya menggunakan setiap lapisan kek dengan freshcream..hanya putar hingga kental dan masukkan sedikit serbuk koko..lepas tu boleh guna untuk sapuan kek..rasanya memang wallaaaaa!!!!!!!
selamat mencuba yer..pada u all yang ingin menempah boleh pm saya di facebook yer... (area hulu langat,cheras, kajang wokeyyyyyyyyyyy)
terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, 23 April 2013
MEE GORENG TOMYAM
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
sebenarnya buat dah lama cuma baru sempat nak masukkan resepi.. resepi mee goreng tomyam ni hasil perkongsian dari sis Qasey Honey di group saya di facebook iaitu group "jom kongsi sambil promosi"
memang sedap tau mee goreng tomyam nie..u all mesti cuba...
MEE GORENG TOMYAM
sumber: Qasey Honey
resepi: SIS Rohah @damai kalbu
Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris - xbubuh
2 batang fish cake | hiris – xbubuh
2 keping tauhu – gorengkan terlebih dahulu (QH tambah)
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis
note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama
Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.
2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.
3.Tutupkan api setelah mee masak.
nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.

RANBOW CAKE ~nombor satu~
~antara kek yang menguji kesabaran untuk membuatnya..huhhh sampai pening makcik..kek ni di order oleh member husbend untuk princesnya.. bagi saya yang tak pakar lagi ni masa nak deco jgn ckp la bape lama..ada jer xkenanya..emmm...
DAGING GORENG KUNYIT
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
DAGING GORENG KUNYIT
Bahannya:
1/2 kilo daging dihiris nipis dan dibersihkan
1 labu bawang besar dihiris
1inci halia dihiris
2 biji bawang putih diketuk
8 biji cili padi dibelah dua
sedikit carot dan kacang panjang dihiris dipotong memanjang
kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
semangkuk air
Caranya:
1. panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang,halia,bawang putih, dan cili padi hingga naik bau..
2. masukkan daging gaul sebati bersama bahan tumis dan masukkan kunyit..
3. masukkan air dan tutup kuali..biarkan daging empuk atau sehingga air kering..
4. bila air kering masukkan garam dan serbuk perasa..masukkan pula carot dan kacang panjang..gaul sebati dan siap untuk dihidangkan..
#enak dimakan bersama nasi panas...
KARI IKAN MERAH BERSAMA BERAS SANGAI (mamak style)
Assalammualaikum....
untuk entry kali kali ni saya mencuba resepi dari sis Chahaya Sheila..memang terangkat kari ni u olls.nak kata saya ni pakar masak kari ikan tidak la..huhuhu...tapi bila dapat resepi ni..emmm mak ai...mak saya pun tabik la..huhuhu..
kepada yang inginkan resepinya boleh klik pada link ni yer... Spices Journey.. kalau u all nak tau kak shiela ni memang pakar lam masakan...terliur saya tengok masakan beliau..apa pun terima kasih pada kak shiela kerana sudi berkongsi tips2 dan petua yer...
pada u all selamat mencuba....
BLACKFOREST CAKE ~mudahnya~
Assalammualaikum....
BLACKFOREST CAKE
BHN:
120gm gula halus
100gm tepung gandum @ tepung kek
20gm serbuk koko
4 biji telur
10gm ovellate
20gm air masak
1 sudu teh esen vanilla
20ml minyak masak @ mentega cair
hiasan:guna whiping krim.jem blueberry,ceri,coklat rice..
CARA:
campurkan semua bhn kecuali minyak masak,pukul pada kelajuan tinggi,masukkan minyak masak,putar perlahan.gris dan alas kan loyang dgn kertas minyak.bakar 160'c selama 30-35minit@ hingga kek masak.sejukkan kek,potong 3 lapisan,dan buh whiping krim campurkan jem blueberry jika suka.hiaslah ikut perasaann..
(resepi ni sy ambil dari fb kawan saya iaitu sis Duyung Sweet Lalink)
SELAMAT MENCUBE..X SIA2 DUYUNG BUAT RASE MCM KAT KEDAI KEK.... SEDAAAAAPPPP
Friday, 25 January 2013
BERSAWANG SUDAHHHHHHHHHHHH.....
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog harum mekar ini... adoi lama sangat saya tidak mengupdate blog ni..patutla dah banyak sawang yer..huhuhu...macam tak bertuan..sedihnya...uwaaaaa..mana tidaknya dah masuk tahun baru pun..ishk!!!3.... orang dah jauh berlayar kann...alahaiii.... walau apapun saya tetap nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013... semoga kita semua dilindungi oleh ALLAH SWT di muka bumi ini...amin...
Begini la jadinya lau banyak sangat urusan...(kunun)...mengalahkan PM lak... salah satu sebab utama adalah laptop buat gila..bila nak menaip jer huruf sama yang keluar..tension!!!!!!!....nak pakai fon...hadoi...maleh teramat sangat... sebab yang keduanya adalah kerana terpaksa menyiapkan beberapa tempahan kek dari kawan2.. kadang tu sampai tak sempat..almaklum la kita ni bekerja..keje pulak tak menentu..pagi petang siang malam kojer...bila habis keje sibuk dengan urusan anak2 di rumah pula....emmm..
Alhamdulillah dek kerana laptop lama yang buat gila tu dah tak boleh nak digunakan lagi maka muncul la laptop baru..huhuhu....
ok la setakat ni aja yang termampu untuk dicelotehkan...(anak tengah tido ni leh la pegang laptop jap)..hihi..
Wednesday, 21 November 2012
AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS
AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS
Sumber: K.Nor Secubut Garam
Bahan-bahan:1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam n kicap manis.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).sy perap semalaman memang lg umphhhh rasanya

*lau nak buat kuahnya juz amik jer bahan lebihan dari perapan tu, panaskan lam kuali letakkan sosblackpeper ckit n air...
*kentang n carot tu korg rebus dahulu bila dh empuk korang gaul ngan serbuk lada sulah ,serbuk lada hitam,garam dan bakar..
*sy makan lauk ni bersama nasi planta...sedap sehhhhh!!!!!!!!!

resepi nasi planta klik sini !
NASI PLANTA
NASI PLANTA MUDAH
Bahan
2 cwn beras (bersih dan toskan)
2 sudu besar planta
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 1/2 cwn air
daun pandan
Cara
Masukkan planta didalam periuk nasi dan biarkan cair,bila dah cair masukkan bawang putih n daun pandan , biarkan naik bau...masukkan nasi dan air...gaulkn dan biar masak sempurna.
Tuesday, 13 November 2012
Sicilian Orange Cake
SICILIAN ORANGE CAKE
Sumber: Azlita Masam Manis
bahan:
* 250g butter - suhu bilik
* 250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek)
* 4 biji telur size M
* 1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar)
* 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
* 85ml jus oren
Bahan untuk aising: (akak x buat pun ni, just tabur gula aising jek)
* 125g gula aising
* 5 sk jus oren
cara:
1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Wednesday, 24 October 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
| gambar ihsan dari google |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Dengan ikhlasnya saya Mashitah@HarumMekar.Blogspot ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog ini dan juga rakan2 Facebook yang dikenali.
Seperti biasa untuk raya haji pada tahun ni saya kena bertugas..huhuhu..tak mengapalah lagipun kampung dekat je kan....petang ni lepas habis waktu kerja insyaAllah saya akan pulang ke kampung di Hulu Langat untuk beraya bersama mak, adik2 dan keluarga dan keesokan paginya akan bersiap untuk kerja.
Sebelum pulang ke kampung saya telah siapkan 3 biji kek untuk dibawa bersama iaitu kek coklat moist, kek buah dan sicilian orange cake...saya minta maaf gambar dan resepi tidak dapat saya masukkan kerana laptop saya mengalami masaalah..dan sedang dalam proses pembaikan ...hehehe...(ni pun guna pc kat ofis jer...curi2 guna jer ni) insyaAllah selepas laptop saya 'sihat' saya akan masukkan gambarnya beserta resepi..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...
dr
MASHITAH@HARUMMEKAR
Subscribe to:
Posts (Atom)